KANGAR 3 Jan. – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang adalah individu sesuai mengetuai Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, kata Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim. Katanya, semua pihak wajar menghormati kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang memutuskan Pas akan mengetuai PN. “Tok Guru (Abdul Hadi) adalah calon paling sesuai manakala calon yang lain terserah kepada beliau. “Siapa sahaja Tok Guru sebut, kita akan sokong, tidak kisahlah seperti (Datuk Seri) Muhammad Sanusi Md Nor ke, (Datuk Seri) Ahmad Samsuri Mokhtar ke, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim Tuan Man ke, itu tidak menjadi…
Read MoreMonth: January 2026
Musim kedua bukan sekadar solat
AHAD lalu, berpeluang hadir majlis penutup Program Umrah Percuma 2.0 Anak Muda Jati Kelantan yang berlangsung di Masjid Imanul Fa’izin, Kampung Padang Kala, Melor, Kota Bharu Kelantan. Program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama masjid itu bermula pada 8 Disember 2025, bermakna 20 hari, 90 peserta berkampung di kawasan berkenaan untuk melayakkan mereka menunaikan umrah. Masjid yang tersergam indah itu juga dibangunkan oleh Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang berasal dari kawasan berkenaan. Ini adalah kali kedua Andalusia menaja program umrah di mana musim pertama…
Read MoreBerita pilihan..
Sepanyol ulangi sokongan kepada Palestin
SEPANYOL akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi mengekalkan daya maju kewangan dan pelan reformasinya, selain menggesa keganasan di Tebing Barat yang diduduki dihentikan. Menteri Luar Jose Manuel Albares dalam satu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, beliau menyampaikan sokongan penuh Sepanyol terhadap keamanan muktamad di Gaza dan pengakhiran keganasan di Tebing Barat. Menerusi platform X, beliau turut menggesa Israel supaya memindahkan hasil cukai Palestin. Menurut Kementerian Kewangan Palestin, Israel telah menahan hampir AS$2 bilion hasil cukai Palestin sejak 2019, yang disifatkan sebagai “pencabulan terang-terangan” terhadap…
Read MoreKereta elektrik BYD China atasi Tesla
BYD kenderaan elektrik (EV) dari China berjaya merampas kedudukan Tesla, gergasi Amerika itu dalam perlumbaan EV global walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, pasaran kedua terbesar Tesla. Menurut data jualan 2025 yang diumumkan minggu ini, BYD yang berpangkalan di Shenzhen itu mencatatkan penjualan 2.26 juta EV, meningkat hampir 28 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebaliknya, Tesla merekodkan kejatuhan jualan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penghantaran hanya 1.6 juta unit – penurunan 8.6 peratus, sekali gus menjadi kemerosotan tahunan terbesar dalam sejarah syarikat itu. Pada suku keempat 2025, jualan Tesla jatuh…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 03.01.2026
3 bekas ADUN cabar pengosongan kerusi
KANGAR 2 Jan. – Politik Perlis terus bergelora apabila tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang hilang jawatan wakil rakyat selepas dihentikan keahlian parti mencabar keputusan mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi mereka. Mereka memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis memohon keputusan pengosongan tiga kerusi DUN diwakili adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif. Tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping). Keahlian mereka dalam Pas diberhentikan pada 24…
Read MoreLebih 1.54 juta guna rel, bas 31 Dis.
KUALA LUMPUR 2 Jan. -;Lebih 1.54 juta perjalanan penumpang perkhidmatan rel dan bas direkodkan pada 31 Disember lalu, pencapaian tertinggi dalam sejarah pengendali perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan dalam kenyataan hari ini, berkata jumlah itu meningkat 0.76 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Berdasarkan rekod, jumlah pengguna perkhidmatan rel pada tarikh itu ialah sebanyak 1.29 juta penumpang manakala perkhidmatan bas termasuk Rapid On-Demand (ROD) merekodkan 251,737 penumpang. “Kecekapan koordinasi dan pengurusan kawalan orang ramai yang digerakkan kira-kira 3,000 anggota barisan…
Read MorePas ada ramai calon Pengerusi PN
MARANG 2 Jan. – Wakil Pas yang akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin akan diputuskan dalam satu mesyuarat gabungan itu selewat-lewatnya minggu depan. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berkata parti itu mempunyai ramai calon yang berkaliber termasuk ahli politik dan kalangan teknokrat untuk dilantik sebagai Pengerusi PN. Ditanya adakah beliau bersedia untuk menerajui pimpinan tertinggi PN, Abdul Hadi menjelaskan beliau berada dalam keuzuran. “Kita dalam keadaan keuzuran, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan, yang pasti pengerusi gabungan…
Read MoreBersatu kekal rakan setia dalam PN
SEPANG 2 Jan. – Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam Perikatan Nasional (PN) dan kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan. Bekas Pengerusi PN itu berkata, walaupun tidak lagi memimpin PN,beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden. Menerusi Pesanan Presiden Bersatu Sempena Tahu Baru di media sosial, Muhyiddin berkata, dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan adalah untuk memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti. “Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah…
Read More