SEPANG – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta pihak kerajaan mengambil langkah membendung unsur kultus yang mungkin mencetuskan ketegangan dan tindakan luar kawalan dalam masyarakat majmuk atau memesongkan orang muslim yang terlibat. Katanya, siasatan dan pemantauan perlu dilakukan di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk keamanan dan kebaikan negara berhubung dakwaan gerakan kultus menyimpang berasal dari Korea Selatan yang sedang aktif di negara ini. “Natijah daripada ajaran seperti itu akan melahirkan para pengikut yang sangat taksub dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menzalimi dan memusnahkan pihak lain, mampu menggugat…
Read MoreDay: December 14, 2025
Dr Yahaya Awang terima Doktor Kehormat
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pakar bedah kardiotorasik terulung negara Dr Yahya Awang, menerima anugerah Ijazah Doktor Undang-Undang (Doktor Kehormat) daripada Universiti Monash. Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang kardiotorasik, termasuk peranan pentingnya dalam penubuhan Institut Jantung Negara (IJN). Ijazah itu disampaikan oleh Ahli Majlis Universiti Monash dan Dekan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan, Kejururawatan dan Sains Kesihatan, Profesor Wayne Hodgson, yang mempengerusikan majlis penganugerahan bagi pihak Majlis Universiti. Anugerah itu disampaikan dalam satu majlis khas bersempena pelancaran buku tulisan Dr Yahya, berjudul “Heart To Heart Memoir Of…
Read MoreSetakat ini, MIC masih bersama BN
TAPAH 14 Dis. – MIC setakat ini akan kekal dalam komponen Barisan Nasional (BN) sehingga satu keputusan muktamad dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. Timbalan Presiden, M Saravanan, berkata kepemimpinan tertinggi parti akan membincangkan hala tuju politik MIC, termasuk mengenai kemungkinan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). “Sehingga keputusan dibuat, kami masih kekal bersama BN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada 50 pelajar universiti awam dan swasta di pejabat Bahagian MIC Tapah, di sini, hari ini. Ahli Parlimen…
Read MoreIngatan Zahid, keluar tanpa jalan pulang
SEMENYIH 14 Dis. – Keluar tanpa jalan pulang! Itu mesej Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi kepada parti komponennya yang mahu meninggalkan gabungan itu. Beliau mengingatkan parti-parti komponen dalam BN agar tidak menyesal sekiranya keluar gabungan parti itu kerana BN tidak akan menerima mereka kembali. Tanpa menyebut mana-mana parti secara khusus namun kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada MIC yang kini berdepan ketegangan hubungan dalam gabungan berkenaan. Untuk rekod komponen BN ketika ini terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS di mana dua daripadanya iaitu MCA dan MIC adalah…
Read MoreTeguh komitmen manifesto PH iktiraf UEC.
SEPANG 14 Dis. – Majlis Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Pakatan Harapan (PH) berpegang teguh kepada komitmen asal dalam manifesto untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Dalam satu kenyataan, DAPSY menegaskan bahawa pengiktirafan UEC adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan untuk meneruskan usaha mengiktiraf UEC. Menurut DAPSY, persefahaman awal telah dicapai iaitu pengiktirafan UEC perlu dilaksanakan bersama dengan usaha untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan sebagai prasyarat utama. Justeru mana-mana pihak khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi serta wakil rakyat kerajaan perpaduan wajar menyuarakan pandangan berdasarkan fakta,…
Read MoreBerita pilihan….
10 maut akibat hujan lebat di Gaza
ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 10 orang di Semenanjung Gaza meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan lebat, ketika ribuan keluarga berlindung di dalam khemah dengan perlindungan amat terhad terhadap musim sejuk. Justeru Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran menerusi media sosial mengenai kemungkinan peningkatan jangkitan pernafasan akut, influenza, selain hepatitis dan cirit-birit. Ini berikutan pendedahan berterusan penduduk kepada cuaca buruk, bekalan air dan sanitasi yang tidak mencukupi, serta keadaan tempat tinggal yang sesak Beliau berkata, WHO terus berdepan halangan dalam usaha menghantar reagen makmal…
Read MoreKonflik berterusan Thailand Kemboja
SURIN – Thailand berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraannya dalam konflik sempadan dengan Kemboja, manakala Kemboja mengumumkan penutupan semua pintu sempadan dengan Thailand serta-merta semalam. Situasi ini berlaku ketika pertempuran sengit antara kedua-dua negara jiran itu terus berlarutan meskipun terdapat dakwaan gencatan senjata. Ini bermakna kenyataan terdahulu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, termasuk dakwaan beliau berjaya menjadi perantara gencatan senjata antara kedua-dua pihak tidak mencerminkan pemahaman sebenar terhadap situasi semasa. Ketika pertempuran memasuki hari keenam semalam, Kementerian Penerangan Kemboja menuduh Thailand meningkatkan serangan ke kawasan kampung dan infrastruktur awam dengan…
Read More