Ugutan: Google diminta bantu

NIBONG TEBAL 14 Sept.  – Kementerian Komunikasi akan mendapatkan kerjasama syarikat Google bagi membantu siasatan insiden e-mel ugutan berunsur video lucah yang diterima beberapa wakil rakyat termasuk Timbalan Menteri. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata siasatan perlu dilakukan kerana e-mel berkenaan dipercayai dihantar individu sama kepada ramai penerima. “Malah, saya sendiri dimaklumkan beberapa jam lepas bahawa saya turut menerima e-mel tersebut dua hari lalu. Ayatnya sama, gambarnya hampir sama. Jadi, besar kemungkinan ia dihantar oleh individu yang sama. Kita akan meminta pihak Google membantu menyiasat pihak yang telah menerbit dan menghantar e-mel…

Read More

Sasaran menang 80 kerusi dalam konteks PN

JITRA 14 Sept. – Keretakan hubungan MCA dan MIC bersama Barisan Nasional (BN) membuka peluang kepada Perikatan Nasional (PN) mencapai sasaran menang 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada masa sama, terdapat indikator PN berpotensi menang di beberapa negeri lain selain mengekalkan penguasaan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Selain itu, beliau berkata ahli UMNO juga dilihat tidak selesa apabila parti itu terpaksa bekerjasama dalam kerajaan Persekutuan bersama DAP, menyebabkan sokongan dijangka beralih kepada PN. Beliau berkata, apa yang…

Read More

Pinda ADB 1952 hadapi pengedaran dadah online

SEPANG 14 Sept.  – Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang digubal lebih 70 tahun lalu perlu dipinda bagi menghadapi cara baharu pengedaran bahan itu khususnya secara dalam talian. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Lee Lam Thye berkata, ADB 1952 tidak mencukupi untuk berdepan pengedaran dadah secara online yang semakin membimbangkan, Katanya, sindiket dadah hari ini tidak lagi bergantung kepada kaedah tradisional, sebaliknya memanipulasi kemajuan teknologi sedia ada untuk mengelak daripada dikesan. Menurut Lam Thye, banyak kumpulan jenayah hari ini menggunakan platform dalam talian, aplikasi yang disulitkan atau encrypted dan media…

Read More

Netanyahu tekad hapuskan Hamas

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tetap bertekad mahu menghapuskan semua pemimpin Hamas sebagai syarat bagi menamatkan perang di Gaza. Perkara itu dinyatakan beberapa jam sebelum lawatan diplomat kanan Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio ke Israel, yang turut menegaskan sokongan jitu AS kepada Israel walaupun selepas serangan ke atas Hamas di Qatar. Beliau berkata Ketua Hamas yang tinggal di Qatar tidak peduli terhadap rakyat Gaza dan mereka menghalang semua usaha gencatan senjata demi melanjutkan perang ini tanpa penghujung. “Menghapuskan mereka akan menghilangkan halangan utama dalam usaha membebaskan semua tebusan…

Read More

Mangsa kebuluran, perang meningkat

ANKARA – Tujuh lagi mangsa meninggal dunia akibat kebuluran menjadikan sekurang-kurangnya 64,803 rakyat Palestin maut dalam perang genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023. Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata sebanyak 47 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas manakala 205 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera kepada 164,264 orang sejak serangan bermula. Bagaimanapun ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghulurkan bantuan. Kementerian itu turut memaklumkan bahawa lima rakyat Palestin terbunuh dan lebih 26 lagi cedera…

Read More