Hentikan budaya surat layang

SHAH ALAM 6 Sept. – Timbalan Presiden Bersatu,  Hamzah Zainudin mengingatkan ahli serta pemimpin parti itu supaya menghentikan budaya surat layang dan cucuk mencucuk kerana ia boleh merosakkan parti.

Beliau sebaliknya menegaskan pimpinan dan ahli parti perlu fokus kepada matlamat utama yang mahu dicapai serta cabaran dihadapi parti ketika ini.

Berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Bersatu di sini, beliau menegaskan pimpinan dan ahli sebaliknya perlu fokus kepada matlamat utama yang mahu dicapai serta cabaran dihadapi parti ketika ini.

“Kepada semua, apa pun cabaran dihadapan, kita hadapi bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jangan dibawa budaya yang tidak baik. Jangan dibawa budaya kedalam parti ini, budaya yang boleh merosakkan.

“Tidak ada budaya surat layang, tidak ada budaya cucuk mencucuk, ini adalah keluarga besar,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Bersatu iaitu Armada dan Srikandi di sini.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar surat layang di media sosial mendakwa Hamzah yang juga ketua pembangkang bertindak sebagai ‘broker’ yang menggerakkan cadangan penubuhan Majlis Eksekutif Perikatan Nasional (PN) sebagai usaha menyingkirkan Muhyiddin Yasin daripada jawatan Presiden Bersatu.

Dalam reaksinya, Muhyiddin mempersoalkan asas tuduhan yang dilemparkan, sambil menyifatkan ia satu muslihat untuk memecahbelahkan parti.

Sementara itu, bercakap kepada media kemudiannya, Hamzah berkata, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sudah memiliki calon yang boleh diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah jika gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, calon terbabit sudah tentunya anak tempatan dan hanya boleh diumumkan pada saat akhir.

“Sudah tentu ada. Saya tidak boleh bagi tahu sekarang, kita tidak akan menjawab sehingga hari-hari akhir.

“Kamu boleh lihat pemimpin masa depan, generasi muda dan tokoh yang ada termasuk di Sabah bukan saja mampu ambil alih, tapi meneruskan perjuangan demi masa depan rakyat. Kita yakin boleh berikan nanti.

Kita pun tahu ianya (pilihan raya) di Sabah sudah tentunya (calon Ketua Menteri) orang di Sabah. Cuma kami memberi dokongan dan sokongan untuk memastikan kemenangan rakan kami di Sabah,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment