SEPANG 30 Ogos – Kerajaan negeri Johor mempertahankan arahan penutupan 30 hari oleh Majlis Perbandaran Pontian terhadap dua premis yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik adalah seperti termaktub dalam peruntukan undang-undang. Justeru Exco Johor Mohd Jafni Md Shukor berkata, tindakan itu bukan bersifat ‘ultra vires’ atau keterlaluan sebaliknya amaran keras agar semua pihak tidak cuai atau bersikap sambil lewa apabila menyentuh isu berhubung kait kedaulatan dan maruah negeri serta negara. Beliau berkata, arahan penutupan premis adalah selari sebagaimana peruntukan yang dinyatakan di dalam UUK 49(2), Kuasa Menutup Premis, setelah pengesahan…
Read MoreDay: August 30, 2025
Terdapat kesan kecederaan mencurigakan
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Terdapat kesan kecederaan mencurigakan yang mungkin menyebabkan kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Syamsul Haris Shamsudin. Peguam keluarga, Naran Singh Ara Singh, berkata terdapat kecederaan di badan yang mencurigakan dan memerlukan siasatan lanjut. Penemuan itu adalah hasil proses bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas jasad Syamsul Haris di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. “Bedah siasat kedua bermula pukul 9 pagi hari ini dan tamat kira-kira pukul 4 petang. Ia dijalankan secara teliti, setiap bahagian badan diperiksa…
Read MoreLima penyandang jawatan utama Pas kekal
ALOR SETAR 30 Ogos – Lima jawatan utama Pas – Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, dimenangi tanpa bertanding menjelang pemilihan pada muktamar parti yang akan berlangsung di Kota Sarang Semut dekat sini bulan depan. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkara itu turut mengesahkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, menolak pencalonan kali ketiga untuk merebut jawatan Naib Presiden. Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Muhammad Sanusi kekal bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2025-2027, selain terus memainkan peranan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.…
Read MorePNB lancar perlindungan takaful ASNB COVR
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) melancarkan ASNB COVR, inisiatif menggabungkan pelaburan unit amanah bersama perlindungan takaful dengan sasaran penyertaan 10 peratus daripada 13 juta pemegang unit ASNB. Menerusi ASNB COVR, pemegang unit hanya membayar sebanyak RM40 sebulan untuk menikmati perlindungan takaful sehingga RM100,000. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas berkata ASNB COVR adalah kolaborasi antara ASNB dan Takaful Ikhlas Family Bhd (TIFB), selaras dengan matlamat Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi. ASNB COVR adalah perkhidmatan perlindungan takaful…
Read MorePutra bantah pilihan raya kerajaan tempatan
SEPANG 30 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas membantah cadangan pelaksanaan semula pilihan raya kerajaan tempatan (PRKT) di bandar-bandar utama negara, khususnya di Wilayah Persekutuan. Ketua Penerangannya Shahrulufti Sharif berkata, pendirian itu bukan bersifat emosi atau retorik politik, tetapi berasaskan analisis struktur demografi dan realiti sosio-ekonomi semasa yang menunjukkan ketidakseimbangan dalam penguasaan bandar. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kajian dan data rasmi menunjukkan bahawa hampir 80 peratus pemilikan hartanah, aktiviti ekonomi dan pengaruh pentadbiran bandar tertumpu kepada satu kelompok etnik. Dalam keadaan ini, pelaksanaan PRKT berisiko mengukuhkan dominasi…
Read MoreBerita pilihan…
AS halang Abbas hadir UNGA
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak akan membenarkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, ke New York bulan depan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Seorang pegawai Jabatan Negara AS berkata Abbas dan kira-kira 80 rakyat Palestin lain juga akan terjejas oleh keputusan menafikan dan membatalkan visa daripada anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PA) dan Pihak Berkuasa Palestin (PLO) yang berpangkalan di Tebing Barat. Abbas merancang ke New York bagi menghadiri UNGA peringkat tinggi tahunan di ibu pejabat PBB di Manhattan, di mana pada perhimpunan kali ini beberapa negara sekutu AS…
Read MoreCalon PM Thai dalam tempoh terdekat
BANGKOK – Calon Perdana Menteri Thailand akan diumumkan dalam masa terdekat, susulan pemecatan Paetongtarn Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan semalam. Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, berkata Parti Pheu Thai yakin ia akan terus mengetuai gabungan dan membentuk kerajaan baharu. Phumtham, yang juga anggota Parti Pheu Thai, menegaskan bahawa kerajaan gabungan kekal bersatu dan komited untuk bekerjasama. “Gabungan telah memberi mandat kepada Pheu Thai untuk meneruskan, dan kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Chaikasem (Nitisiri) tidak mempunyai sebarang masalah. Beliau kekal sebagai calon perdana menteri daripada Pheu Thai,” katanya pada…
Read More