Dikebumikan di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR 14 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa ke kediamannya di Tasik Perdana, di sini sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat jenazah di Masjid Negara esok. Perkara itu dimaklumkan menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. “Esok pagi jenazah akan dibawa ke Masjid Negara. Kemudian pada pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari jenazah akan diletakkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara untuk penghormatan terakhir. Selepas zuhur akan diadakan solat jenazah bagi Pak Lah,…

Read More

Pak Lah mengajar erti kemanusiaan dalam kepemimpinan

KUALA LUMPUR 14 April – Allahyarham  Abdullah Ahmad Badawi adalah insan yang mengajar erti kemanusiaan dalam kepemimpinan, memimpin negara dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketika beliau  sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, Perdana Menteri kelima dikenali sebagai Pak Lah itu tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. “Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas,” katanya dalam satu kenyataan di sini susulan kenyataan menantu Abdullah,…

Read More

Pak Lah PM Ke-5 meninggal dunia

KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini. Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran menerusi laman sosial yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan ‘Pak Lah’, menghembuskan nafas terakhir pada pukul  7.10 malam. “Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan…

Read More

Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan

RAUB 14 April – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ditahan polis petang ini kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas semasa ‘Op Sekat’ di sini minggu lalu. Turut ditahan seorang pengusaha kebun durian yang juga Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang. Perkara itu dimaklumkan melalui satu muat naik oleh pentadbir Facebook Yu Hui petang ini. “Ahli Parlimen Raub YB Chow Yu Hui dan Pengerusi SAMKA, Wilson Chang disahkan oleh peguam bahawa ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan: “Menghalang penjawat awam…

Read More

MB kekal, Setpol Presiden PKR tewas

SEREMBAN 14 April – Menteri Besar Negeri Sembilan,  Aminuddin Harun mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Port Dickson bagi penggal kedua pada pemilihan parti itu hari ini. Naib Presiden PKR itu menewaskan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk M Ravi. Aminuddin memperoleh 2,147 undi, manakala Ravi yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, mendapat 1,098 undi. Pada pemilihan 2022, Aminuddin memperoleh 1,129 undi, manakala Ravi yang menyandang jawatan itu sejak 1999 memperoleh 951 undi. ADUN Seri Tanjung, G Rajasekaran yang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Cabang Port…

Read More

“Saya pun naik darah, banyak orang ceroboh tanah”

KUANTAN 14 April – “Saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah, sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka (penceroboh),” titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Justeru, baginda mengingatkan supaya tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya sebaliknya tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat. “Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin,” titah baginda yang turut menitahkan supaya rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini. Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di…

Read More