Hukuman khas 15,807 banduan di Indonesia

JAKARTA – Kementerian Imigresen dan Pembetulan Indonesia memberikan pengurangan hukuman khas kepada 15,807 banduan di seluruh Indonesia sempena sambutan Krismas 2024, kata Menterinya, Agus Andrianto. Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta. Kerajaan turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta. Sumatera Utara mendahului senarai wilayah dengan 3,196 banduan menerima pengurangan hukuman khas Krismas, diikuti Nusa Tenggara Timur (1,894) dan Papua (1,447). Sumatera Utara dan Papua Barat masing-masing mencatatkan 23 pesalah juvana…

Read More

Mengenang dua dekad tsunami 2024

ACEH – Dua puluh tahun lalu, tarikh ini, 26 Disember 2004, gempa bumi berukuran magnitud 9.1 di barat Indonesia mencetuskan tsunami yang melanda pesisir pantai di 14 negara dari Indonesia ke Somalia. Sejumlah 226,408 orang maut akibat tsunami, menurut EM-DAT, pangkalan data bencana global yang diiktiraf. Memorial dan upacara keagamaan di tepi pantai akan diadakan di seluruh Asia di Indonesia, Sri Lanka, India dan Thailand iaitu antara negara yang terjejas teruk. Tidak ada amaran tsunami dikeluarkan menyebabkan ramai tidak mempunyai masa untuk berpindah, namun, iktibar daripada pengalaman pahit itu, kini…

Read More

Mesir, Qatar usaha henti pencerobohan

KAHERAH – Mesir dan Qatar sedang bekerjasama untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang akan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan Palestin yang terjejas teruk. Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty mengesahkan demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Tunisia, Mohamed Ali Nafti, di Kaherah. “Sudah tentu, di teras perjuangan Arab, yang paling penting adalah perjuangan Palestin dan keadaan yang amat buruk di Semenanjung Gaza. Mesir, dengan kerjasama Qatar, ingin segera mencapai persetujuan yang menetapkan pemberhentian segera pencerobohan Israel, gencatan senjata dan akses penuh serta tanpa syarat kepada bantuan…

Read More

Israel dakwa musnahkan 2 terowong

GAZA – Menerusi sebuah rakaman video, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa anggotanya meranapkan dua terowong di selatan dan tengah Gaza. Menurut kenyataan IDF, kedua terowong tersebut yang didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer dimusnahkan melalui kaedah letupan. Jelasnya, operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan baru-baru Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya memaklumkan bahawa lebih daripada 45,361 rakyat Palestin terbunuh manakala  107,803 lagi cedera dalam serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Read More