PJH tidak boleh promosi visa mujamalah

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Semua 37 syarikat pelancongan tempatan yang dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 1446H/2025M tidak dibenarkan mempromosi pakej haji menggunakan visa mujamalah atau furada. Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun, berkata ia antara syarat ditetapkan agensi itu kepada PJH mengambil kira banyak kes penipuan membabitkan visa berkenaan. “Visa mujamalah atau visa furada ini memang ada, cuma ia dikeluarkan kepada individu atau organisasi tertentu. Ia biasanya dikeluarkan di saat akhir, biasanya di penghujung bulan Syawal atau pada Zulkaedah. “Pada masa…

Read More

CAP gesa siasat kenaikan harga kelapa

TANJONG 23 Dis. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kebimbangan dengan kenaikan harga kelapa yang mendadak di pasaran negeri ini, kata Presidennya, Mohideen Abdul Kader. Beliau berkata,  menerusi tinjauan di pasar di beberapa lokasi,  CAP mendapati harga kelapa naik secara berperingkat daripada RM2 kepada RM2.50, dengan kelapa bersaiz besar yang mencecah RM3.30 setiap satu. Kenaikan harga kelapa itu juga menyebabkan harga santan meningkat daripada RM12 kepada RM14 sehingga RM15 sekilogram (kg) manakala kelapa parut pula naik daripada RM8 kepada RM11 bagi setiap kg,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohideen…

Read More

Andalusia tawar 4 pakej haji tahun depan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan empat pakej haji bagi musim 1446H/2025M dengan harga serendah RM43,990 dan tertinggi RM102,990. Pengerusi Eksekutifnya, Md Daud Che Ngah berkata, berbanding tahun lalu, pihaknya hanya menawarkan tiga pakej iaitu Malak, Olayan dan Safwah manakala Marsa satu pakej baharu yang ditawarkan untuk jemaah musim depan. Katanya pengenalan pakej baharu itu, susulan Andalusia mendapat hotel baharu yang menawarkan harga yang mampu dipenuhi Andalusia. “Tahun lepas kadar terendah kita adalah RM44,900 tetapi sekarang ini jadi…

Read More

Hannah Yeoh kalah saman fitnah Musa

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, terhadap bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan, berhubung kenyataan pada satu forum empat tahun lalu. Menerusi saman difailkan pada 3 Julai 2020, Yeoh mendakwa Musa memberi ucapan pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’ dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya. Kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Yeoh menulis buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal…

Read More

AI: Indonesia tetapkan 5 keutamaan

JAKARTA – Indonesia menetapkan lima keutamaan utama dalam strategi kebangsaan bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid . Lima keutamaan itu adalah perkhidmatan kesihatan, reformasi birokrasi, pendidikan bakat, pembangunan bandar pintar dan jaminan makanan. Hafid berkata, berkaitan perkhidmatan kesihatan, menteri tersebut memaklumkan Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis. “Teknologi ini memudahkan pengesanan awal penyakit dan memperkemas pengurusan hospital,” jelasnya dalam kenyataan. Beliau turut menerangkan bahawa model ramalan, pencegahan, penyertaan dan peribadi (4P) boleh digunakan dengan berkesan untuk…

Read More

Kematian rakyat Palestin meningkat

ANKARA – Jumlah kematian keseluruhan rakyat Palestin sejak tahun lepas meningkat kepada 45,259 orang apabila sekurang-kurangnya 32 lagi terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan pada Ahad berkata, kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu. “Tentera Israel membunuh 32 orang dan mencederakan 54 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas,” menurut kementerian itu. Ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat menghadapi kekangan,” kata kenyataan itu. Israel meneruskan perang genosid di Semenanjung…

Read More