KUALA LUMPUR 19 Dis. – Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari. Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Haji TH Mohd Hisham Harun berkata proses rayuan haji dibuka lebih awal berbanding sebelumnya bagi mengelakkan proses itu dilakukan pada saat akhir. TH akan memberi keutamaan rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia dan pengiring bagi jemaah kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji pada musim haji 1446H/2025M. Pendeposit TH boleh memuat turun aplikasi…
Read MoreDay: December 19, 2024
Tiada pertuduhan siasatan tender BistariNet
PUTRAJAYA 19 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam pelaksanaan tender projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu adalah hasil siasatan SPRM yang dijalankan sejak September lalu SPRM juga sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet. “Bagaimanapun, Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM mengambil langkah susulan dengan memberi tumpuan kepada siasatan dari aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak…
Read MoreRosmah lepas, bebas 12 tuduhan
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Najib Razak itu untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan. Rosmah, 73, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada September 2023, dan perbicaraan dimulakan pada 12 Disember tahun lalu, selepas sebahagian kes didengar…
Read MoreBerita pilihan…
Adakan pilihan raya adil di Syria
DAMSYIK – Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa pilihan raya ‘bebas dan adil’ diadakan selepas penggulingan presiden Bashar al-Assad, sekali gus menyuarakan harapan penyelesaian politik bagi kawasan dikuasai puak Kurdi. Bercakap kepada pemberita di Damsyik, utusan khas PBB, Geir Pedersen, berkata ‘terdapat banyak harapan untuk melihat permulaan Syria yang baharu’. “Syria baharu yang akan menerima pakai Perlembagaan baharu dan kita akan mengadakan pilihan raya yang bebas serta adil apabila tiba masanya, selepas tempoh peralihan,” katanya. Pedersen juga berharap untuk melihat penamatan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap Syria…
Read MoreBlinken harap capai gencatan senjata
NEW YORK – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, yang tempoh perkhidmatannya berbaki sebulan menyatakan harapan untuk mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza. Beliau yang berharap dapat menzahirkan harapan itu sebelum khidmatnya berakhir bagaimanapu enggan meramalkan kejayaan setelah berulang kali kecewa dengan usaha Amerika Syarikat (AS) menamatkan perang 14 bulan di wilayah Palestin itu. “Saya tetap berharap. Kita perlu bersikap optimis. Kami akan menggunakan setiap minit, setiap hari, dan setiap minggu yang tinggal untuk cuba menyelesaikan perkara ini,” kata Blinken. Beliau yang akan meninggalkan jawatan pada…
Read More