Letupan bangunan kejutkan pemimpin

THE HAGUE – Letupan besar yang menyebabkan runtuhan sebahagian bangunan pangsapuri di The Hague pada Sabtu mengejutkan pemimpin Belanda termasuk Perdana Menteri dan Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima.

Runtuhan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Terkejut melihat imej dahsyat bangunan pangsapuri yang runtuh di The Hague:” tulis Perdana Menteri Dick Schoof di platform media sosial X.

Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima turut menzahirkan simpati mereka di X dengan berkata, “Beta berdua bersimpati dengan semua yang terkesan secara peribadi dan mereka yang bimbang akan nasib orang tersayang,”

Letupan kuat itu berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague, menyebabkan sebahagian bangunan runtuh.

Punca letupan masih belum diketahui, namun pihak polis melaporkan sebuah kereta dilihat memecut laju meninggalkan lokasi sejurus selepas letupan.

Pasukan kecemasan, termasuk unit khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR), masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di mana pegawai memberi amaran bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat sehingga 20 orang.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan beberapa bahagian hadapan pangsapuri telah musnah. Bangunan itu mempunyai kedai di tingkat bawah dan dua tingkat kediaman di atasnya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment