PADANG BESAR 8 Dis. – Ketika UMNO dilaporkan bersedia mempertimbangkan kemasukan semula anggota parti yang dipecat, seorang bekas timbalan menteri tampil mengumumkan menyertai PKR, parti pimpinan Anwar Ibrahim. Zahidi Zainul Abidin, bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, hadir Program Sumbangan Prihatin MADANI dan pelancaran ranting baharu PKR bahagian berkenaan di pejabatnya di Taman Beseri, Beseri, di sini hari ini. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, beliau berharap dapat mewujudkan 400 lagi cawangan parti itu di Perlis, tambahan kepada 60 sedia ada supaya dapat menambah sokongan rakyat dalam meraih…
Read MoreDay: December 8, 2024
Sementara Kita Masih Ada’ hargai persahabatan
‘KUALA LUMPUR 8 Dis. – Majlis ‘reunion’ bertemakan ‘Sementara Kita Masih Ada’ berjaya menggamit kehadiran 200 orang Alumni Universiti Malaya bagi kelas 1979-1983 selepas lebih 40 tahun mereka tidak bersua muka dalam kumpulan yang ramai. Majlis itu ditaja syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tour (Andalusia) yang melibatkan kehadiran dari seluruh pelosok tanah air. Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang juga bekas penuntut di Fakukti Sastra dan Sains Sosial berkata, pihaknya amat terharu kerana dapat bersama mengimbau kembali kenangan pahit dan manis sepanjang belajar di UM. Katanya,…
Read More“Saya mahu naikkan hasil pertanian KADA”
KOTA BHARU 8 Dis. – “Saya mahu naikkan hasil pertanian dalam kawasan KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu), bukan mahu naikkan atau jatuhkan mana-mana pihak.”. Itu penjelasan Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad. Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), juga menafikan pelantikannya sebagai Pengerusi KADA berkuat kuasa 1 Disember lalu sebagai ganjaran sebagaimana dakwaan pihak tertentu. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, berkata beliau sebaliknya diamanahkan dengan tanggungjawab mencapai tujuan dan matlamat ditetapkan kerajaan, khususnya supaya hasil KADA, terutama pengeluaran padi dapat ditingkatkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. “Pelantikan saya bertujuan mencapai…
Read MoreBerita pilihan…
Letupan bangunan kejutkan pemimpin
THE HAGUE – Letupan besar yang menyebabkan runtuhan sebahagian bangunan pangsapuri di The Hague pada Sabtu mengejutkan pemimpin Belanda termasuk Perdana Menteri dan Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima. Runtuhan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak, telah dihantar ke hospital untuk rawatan. “Terkejut melihat imej dahsyat bangunan pangsapuri yang runtuh di The Hague:” tulis Perdana Menteri Dick Schoof di platform media sosial X. Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima turut menzahirkan simpati mereka di X dengan berkata, “Beta berdua bersimpati dengan semua yang terkesan secara peribadi dan mereka yang…
Read MoreRibut Darragh landa UK
LONDON – Puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik, perjalanan dan acara sukan terganggu susulan ribut kuat melanda United Kingdom (UK) semalam selepas amaran merah dikeluarkan Pejabat Meteorologi Britain pada awal Jumaat. Kerajaan turut mengarahkan sekitar tiga juta penduduk di Wales dan barat daya England untuk kekal berada di dalam rumah ketika Ribut Darragh mula melanda beberapa kawasan. Ribut itu boleh mengancam nyawa akibat sisa serpihan berterbangan, pokok tumbang serta ombak besar di kawasan pesisir pantai. Menurut National Grid, lebih 55,000 pelanggan kini terputus bekalan elektrik di barat daya England, selatan…
Read More