HULU SELANGOR 17 Julai – Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemukan di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, tengah hari ini .
Peranti itu ditemukan anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 12.21 tengah hari, selepas satu jam menyelam.
Pada masa sama, polis turut membawa suspek berusia 26 tahun ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.
Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin lalu setelah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.
Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
(keratan laporan Harian Metro)
Nnn
