Tidak mungkin gencatan senjata

BAITULMAQDIS – Tidak mungkin ada gencatan senjata kekal di Gaza sehingga pergerakan Hamas ditumpaskan.

Itu kenyataan terbaru Benjamin Netanyahu yang mencetuskan keraguan terhadap cadangan gencatan senjata yang dikatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bahawa Israel sendiri merangkanya.

Biden sebelum ini dilaporkan berkata, Israel mencadangkan perjanjian gencatan senjata dengan pengunduran sebahagian tentera Israel dan pembebasan beberapa tebusan di Palestin, sementara kedua-dua pihak antara Israel dan Palestin berunding untuk menghentikan permusuhan secara kekal.

Bagaimanapun, kenyataan terbaaru Netanyahu semalam menyatakan sebarang tanggapan bahawa Israel akan bersetuju gencatan senjata kekal sebelum “kemusnahan keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas” adalah “bukan permulaan.”

Rundingan damai berlaku selama berbulan-bulan dengan Israel menuntut pembebasan semua tebusan daripada pejuang Hamas.

Dalam pada itu, pejuang Hamas turut menuntut gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israel dan pembebasan tahanan Palestin yang ramai di Israel.

Hamas berkata pihaknya bersedia terbabit secara positif dan membina, bagaimanapun seorang pegawai kanan pergerakan itu, Mahmoud Mardawi dalam wawancara televisyen Qatar berkata pihaknya masih belum menerima sebarang butiran mengenai cadangan berkenaan.

“Tiada persetujuan boleh dicapai sebelum tuntutan pengunduran tentera Israel dan permintaan gencatan senjata dipenuhi,” katanya.

Bulan lalu, Netanyahu menentang gesaan daripada pemimpin dunia dan bertindak menghantar tentera Israel ke Rafah iaitu kawasan terakhir di Gaza.

Israel mendakwa Rafah yang bersempadan dengan Mesir adalah kubu terakhir pejuang Hamas di Gaza dan usahanya untuk memusnahkan pejuang Hamas tidak akan berjaya sehingga mereka berjaya memasuki bandar itu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment