Sesi libat urus kedai 24 jam

KUALA LUMPUR 24 April – Sesi libat urus perlu diadakan bersama semua pemegang taruh bagi memastikan isu melarang kedai makan beroperasi 24 jam dapat dikaji secara menyeluruh, dengan syor penyelesaian yang mempunyai hala tuju jelas.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh KKM dan kerajaan.

Beliau seperti dilaporkan FMT mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Mohideen berkata pihaknya sekian lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam dengan alasan akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.

Mengulas tentang dakwaan operasi kedai makan 24 jam antara punca utama obesiti, Dzulkefly berkata, ia harus dibuktikan secara empirikal melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

Katanya, dikhuatiri kumpulan-kumpulan tertentu seperti petugas barisan hadapan dan sebagainya yang bergantung kepada operasi kedai terbabit berdepan kesukaran jika perkhidmatan tersebut dihentikan secara pukal.

Tambahnya, cadangan penutupan itu tidak dapat menjamin pengguna akan mencari alternatif lain memandangkan ada dalam kalangan mereka mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah.

Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dengan menyifatkan gesaan itu hanya sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi serta gaya hidup masyarakat bagi memenuhi keperluan semua pihak.

Related posts

Leave a Comment