Arab Saudi berhari raya Rabu

SEPANG 8 April – Arab Saudi menetapkan Rabu, 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri, berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam. Menurut Inside the Haramain, penetapan itu susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada Isnin di Arab Saudi. Sementara itu, tarikh melihat anak bulan Syawal di Malaysia ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan, baru-baru ini memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Read More

Beras cukup tampung keperluan

PUTRAJAYA 8 April –  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras sebagai makanan ruji negara di pasaran mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini. Dalam kenyataannya, KPKM juga menjelaskan sehingga kini, stok fizikal beras negara sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras. “Bagi maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah itu stabil serta mampu menampung keperluan untuk tempoh 5.48 bulan. Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara tertinggi dan terjamin di rantau ini,” kata kenyataan itu. Pada masa ini…

Read More

MCMC beri amaran pihak ambil kesempatan

PUTRAJAYA  8 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika ada pihak mengambil kesempatan isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah. Menerusi satu kenyataan hari ini, MCMC memberi amaran supaya tidak ada pihak menyebarkan kandungan bersifat provokatif dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. “Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, MCMC menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial membabitkan logo…

Read More

Akmal ke Sabah bukan kerana isu KK Mart

PAPAR 8 April – Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ke Sabah pada Jumaat lalu tiada kaitan dengan isu stoking tertera kalimah Allah yang dikaitkan dengan pasar raya KK Mart. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Papar, Hairul Rahman, berkata Dr Akmal sebaliknya menghadiri program Jelajah Pemuda UMNO yang diadakan di Beaufort dan Kimanis. Susulan itu, Hairul Rahman, berkata tindakan pihak tertentu khususnya pemimpin politik di negeri ini yang mengaitkan kehadiran itu dengan isu KK Mart dan meminta Dr Akmal disekat memasuki Sabah disifatkan sebagai ‘menangguk di air keruh’.…

Read More