BERSIH berarak ke Parlimen tuntut janji

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan berarak ke Parlimen Selasa ini, bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan sebelum ini. Dalam hantaran di X, BERSIH berkata, sempena pembukaan Parlimen,  demonstrasi itu adalah tindakan pertama mereka untuk menuntut #Reformasi100Peratus. “Kami nak ingatkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) janji-janji yang pernah dibuat sebelum ini bermula dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengisytiharkan sebarang maklumat sebagai rahsia rasmi, lantas tidak boleh didedahkan.…

Read More

Ammar diturunkan pangkat, bukan dipecat

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Diturunkan pangkat, bukan dipecat. Demikian penjelasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing bagi menafikan laporan beliau memecat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dr Ammar Abd Ghapar. Beliau menjelaskan, pegawai itu diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah disebabkan kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan. Katanya, Dr Ammaf sudah diberi peluang dan nasihat untuk melakukan yang terbaik kepada negara tetapi beliau tidak memberikan perkhidmatan yang sepatutnya. “Malah, dalam satu mesyuarat yang terbaharu, saya bagi arahan jangan lakukan sesuatu tetapi…

Read More

Muhyiddin dakwa siri ‘pembunuhan watak’

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (SPANCO). Katanya, dakwaan itu sebahagian daripada siri pembunuhan watak yang dibuat oleh musuh politik yang bertujuan untuk menjejaskan reputasinya. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sehingga kini tohmahan jahat itu berlegar di media massa dan media sosial tanpa butiran lengkap bagaimana beliau terbabit dalam perkara terbabit dan salah laku berkenaan. “Samalah seperti tuduhan sebelum ini kononnya saya menyeleweng wang negara bernilai ratusan billion ringgit yang…

Read More

Padi, beras diurus pakar bukan ‘katak politik’

SEPANG 24 Feb. – Ketua Pergerakan era Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan isu padi dan beras ini perlu diketuai dan diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Pada masa yang sama beliau berkata, libat urus pula mesti melibatkan pesawah, pengilang dan juga pakar-pakar dalam bidang berkenaan dan bukannya diuruskan oleh “katak politik”. “Isu beras ini perlu diberi penekanan bagaimana pesawah kita perlu diperkasakan untuk mengolah hasil padi mereka dan Insyallah keterjaminan pendapatan pesawah kita akan membawa kepada keterjaminan bekalan beras di negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian,…

Read More