Wujudkan penggal tetap Parlimen

KUALA LUMPUR 13 Jan. –  Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) mencadangkan kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan penggal tetap Parlimen bagi menjamin kepemimpinan kerajaan untuk tempoh lima tahun yang dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU). Ketua AWAN,  Aiman Athirah Sabu, berkata walaupun wujud Akta Anti Lompat Parti bagi menghalang Ahli Parlimen bertukar parti yang boleh memberi kesan kepada kedudukan kerajaan, pelbagai cara masih dilakukan pembangkang. Ini termasuk dakwaan wujudnya 120 Akuan Bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. “Jika boleh, wujudkan (dasar) penggal tetap untuk Parlimen, maknanya setiap kali…

Read More

Rang undang-undang elak kerajaan ‘diganggu’

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan satu undang-undang khusus digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga penggalnya berakhir. Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui undang-undang itu kerajaan akan dapat memfokus mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan. “Saya menyarankan satu RUU (Rang Undang-Undang) dibentangkan bahawa jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas sesebuah parti itu dominan atau gabungan antara parti politik itu dominan, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir…

Read More

Turkiye percaya Israel disabitkan kesalahan

ANKARA: Turkiye percaya Israel akan disabitkan kesalahan berhubung kes yang dibawa oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam Palestin. Presiden Tayyip Erdogan berkata, Turkiye percaya pada keadilan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Bercakap kepada pemberita di Istanbul, Erdogan berkata, Turkiye akan terus menyediakan dokumen, kebanyakannya visual, mengenai serangan Israel ke atas Gaza untuk kes yang dibawa oleh Afrika Selatan  itu “Saya percaya Israel akan disabitkan kesalahan di sana. Kami percaya pada keadilan Mahkamah Keadilan Antarabangsa”, kata Erdogan. Sementara itu, di THE…

Read More

Hospital Al-Shifa mula perkhidmatan

GENEVA: Hospital Al-Shifa,  kemudahan perubatan terbesar di Gaza, yang terjejas teruk akibat perang Israel-Palestin, kini memulakan semula beberapa perkhidmatannya. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam catatan di X berkata sebahagian perkhidmatan hospital itu berjaya dipulihkan semula. Agensi kesihatan PBB dan rakan kongsinya melawat hospital Al-Shifa di utara Semenanjung Gaza pada Khamis, bagi menghantar bahan api dan bekalan perubatan yang sangat diperlukan. Tedros berkata, hospital itu, yang disifatkan WHO sebagai ‘zon kematian’ selepas sebahagian besar perkhidmatannya dihentikan susulan serbuan dan pendudukan tentera Israel pada November, kini mempunyai…

Read More