JPM kesal kegopohan pendakwah tohmah PM

PUTRAJAYA 23 Dis. – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa kesal dengan kegopohan seorang pendakwah yang didakwa berbahasa kasar dan membuat tohmahan terhadap Anwar Ibrahim sebagai sesat serta jahil. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyifatkan tuduhan itu sangat ekstrem dan keterlaluan. Katanya, ketika membincangkan iktibar dari kisah Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) di dalam al-Quran kepada para penjawat awam baru-baru ini! Perdana Menteri tidak menyatakan pemuda Ashabul Kahfi itu sebagai golongan tidak beriman. Beliau berkata, Perdana Menteri dalam ucapannya juga mengajak penjawat awam…

Read More

Saya tidak ada kem, pasukan – Mohamad

KLANG 23 Dis. – Mohamad Sabu, menyerahkan sepenuhnya kepada 27 Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang akan dipilih perwakilan esok untuk menentukan barisan baharu kepemimpinan parti itu. Presiden Amanah itu turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai ‘kem’ atau pembentukan pasukan tertentu yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepadanya bagi terus menerajui parti. “Saya tidak ada kem. (Pemimpin dipilih) akan melihat siapa yang berupaya mengemudi parti untuk masa depan. Ada 27 pemimpin, kalau pilih siapa pun, ahli parti akan terima pasukan yang akan diumumkan petang esok. “Dalam parti politik ini, kena terima sesiapa saja diterima…

Read More

Amanah yakin terus bersama kemudi negara

KLANG 23 Dis. – Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin partinya mempunyai peranan masa depan dan potensi besar untuk terus bersama mengemudi negara bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata keyakinan itu disebabkan Amanah menganjur serta memperjuangkan pegangan ideologinya secara progresif dan inklusif dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan asas-asas fundamental yang lama disepakati dalam piagam PH. Katanya, Amanah tahu dan amat sedar akan kerencaman serta saling bersilang pelbagai tuntutan agama, budaya dan kaum. “Hanya mereka yang benar-benar insaf mengenai pentingnya menjaga kestabilan politik serta keharmonian kaum dan budaya, akan mengambil jalur…

Read More

Jadikan iktibar denda RM415 juta

PAPAR 23 Dis. – Penalti sebanyak RM415 juta terhadap lima syarikat pengeluar makanan ayam semalam perlu dijadikan iktibar kepada semua penggiat industri untuk berniaga secara beretika dan mewujudkan persaingan perniagaan sihat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali berkata, kes berkaitan disifatkan terbesar kerana melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga ayam. Katanya, ia membabitkan unsur pakatan harga untuk menaikkan harga makanan ayam yang sekaligus menaikkan harga bekalan haiwan itu di pasaran kerana 72 peratus kos pengeluaran ayam adalah…

Read More

Aiman Athirah kekal Ketua AWAN

KLANG 23 Dia. – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu mengekalkan jawatan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan yang berlangsung semalam. Beliau akan berganding dengan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfaal Saari, yang dipilih sebagai Timbalannya. Pemilihan oleh 498 perwakilan itu turut menyaksikan ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim bersama Dr Salmee Said dan Dr Kamaliah Noordin dipilih mengisi tiga jawatan Naib Ketua AWAN Nasional. Jawatan Speaker pula disandang Zarina Dzulkupli…

Read More