GAZA: Pemimpin Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh melakukan lawatan ke Mesir semalam (20 Dis) untuk mengadakan rundingan mengenai gencatan senjata dalam perang Hamas dengan Israel di Gaza.
Dalam kenyataannya, Hamas menyatakan Haniyeh akan berunding mengenai pertukaran tahanan.dan membincangkan mengenai perkembangan serangan Israel di Gaza dan perkara lain.
Haniyeh kali terakhir pergi ke Mesir pada awal November sebelum pengumuman satu-satunya perjanjian mengenai gencatan senjata dalam perang setakat ini, bagi rundingan selama seminggu, yang menyaksikan lebih 100 tebusan dibebaskan.
Beliau dijangka bersemuka dengan ketua perisikan Mesir untuk berunding mengenai langkah “menghentikan serangan dan perang berkenaan bagi membebaskan para tahanan”.
Haniyeh, sebelum ini bertemu dengan Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian di Qatar.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu keluarga tebusan warga Israel pada Selasa bahawa beliau sudah menghantar ketua perisikannya ke Eropah dua kali dalam usahanya untuk membebaskan tebusan.
