UMNO hapus jika terus bersama DAP

KUALA LUMPUR 4 Dis. –  UMNO akan terhapus sama sekali dalam Pilihan Raya Umum akan datang kecuali parti itu berpisah dengan DAP dan kembalikan perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

Menurut bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad, selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot seperti yang ditunjukkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam.

Pada masa yang sama, pemimpin yang usang perlu digugurkan dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu.

“Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepemimpinan yang bersekongkol dengan jenayah.

Lagipun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara. Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik,” katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya

Beliau berkata, pengundi muda dibesar setelah negara maju dan mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit.

“Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka.

“Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepemimpinan . Suka atau tidak suka inilah kenyataan. Inilah mesej Kemaman,” katanya.

Related posts

Leave a Comment