PUTRAJAYA 26 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan pembangunan bagi negeri ditadbir pembangkang masih diteruskan walaupun tidak diberikan terus kepada ahli Parlimen. Beliau menjelaskan peruntukan itu tidak sepatutnya diberikan buat pemimpin yang mencerca, memaki dan menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan. “Elaun wakil rakyat kita tidak pernah singgung… saya sebut di Parlimen, peruntukan di kawasan Pas dan Bersatu kita teruskan? Projek masjid, perumahan semua kita lakukan, walau tidak salur kepada ahli Parlimen (pembangkang) tetapi salur kepada rakyat. Mengapa nak salur pada ahli Parlimen yang cerca kita, mahu menumbangkan, maki…
Read MoreDay: November 26, 2023
Pengecualian visa 30 hari pelancong China, India, Arab
PUTRAJAYA 26 Nov. – Pelancong dari China, India serta beberapa negara Arab termasuk Turkiye dan Jordan akan mendapat pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember ini, kata Anwar Ibrahim hari ini. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, pengecualian itu, tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong dari negara berkenaan yang berhasrat memasuki Malaysia. “Saya nak mengumumkan kemudahan visa, menambah kemudahan sedia ada umpamanya bagi negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran dan semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pada…
Read MoreJadikan PRN Sabah permulaan kejayaan
PUTRAJAYA 26 Nov. – Gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun depan sebagai permulaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata kemenangan itu bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan dapat meneruskan agenda yang dirancang demi rakyat. “Kemenangan kita dirampas menerusi (langkah) Sheraton (pada 2020), manakala kemenangan kali ini (penubuhan Kerajaan Perpaduan) dicapai melalui gabungan. “Jadi, kita tidak boleh meneruskan pelaksanaan agenda kita kalau kita tidak mengekalkan kemenangan pada PRU akan datang termasuk bermula dengan (PRN) Sabah,” katanya. Beliau…
Read MoreCovid-19: Kematian pertama kanak-kanak bawah 12 tahun
SINGAPURA : Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia 13 bulan yang dijangkiti Covid-19, meninggal dunia pada 12 Oktober lalu, kematian pertama pesakit Covid-19 bawah usia 12 tahun di sini bagi tahun ini. Menurut laporan Mediacorp, Kementerian Kesihatan (MoH) menyatakan kanak-kanak tersebut “tidak diberi suntikan vaksin bagi Covid-19” dan “mempunyai sejarah perubatan ketara berkait keadaan kongenital” dengan prognosis yang lemah sebelum dijangkiti virus tersebut. Menjawab pertanyaan Mediacorp semalam, MoH menyatakan kanak-kanak itu diuji positif bagi Covid-19 pada 10 Oktober 2023 dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. “Pesakit itu meninggal…
Read More