Gubal strategi berkesan banteras rasuah

KAJANG 30 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggubal strategi dengan lebih berkesan dalam usaha membanteras isu rasuah dalam negara, kata Ketua Pesuruhjaya,  Azam Baki. Katanya, visi dan misi SPRM yang akan menyambut ulang tahun ke-56 esok adalah menjadikan negara aman dan bebas rasuah. “SPRM sebagai agensi yang mencegah rasuah di negara ini mempunyai strategi dan kita akan gubal lagi strategi dengan lebih berkesan dengan cara dan teknologi yang baharu supaya rasuah ini dapat dimaksimumkan penguatkuasaannya dengan pencegahan yang lebih impak,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Menembak…

Read More

Notis merah: SPRM lengkapkan dokumen Isnin

KAJANG 30 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan beberapa dokumen diperlukan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi permohonan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan peguamnya. Ketua Pesuruhjaya SPRM  Azam Baki berkata, kesemua dokumen berkenaan termasuk draf pertuduhan dan beberapa maklumat lain yang berkaitan dijangka dapat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin. Katanya, berkaitan permohonan kepada Interpol, SPRM tidak boleh melakukan sendiri sebaliknya ia perlu melalui polis. “Berkaitan dengan isu itu (permohonan notis merah) terdapat dokumen tertentu yang perlu kita bekalkan kepada PDRM. Ia…

Read More

REE: Tuduh atau tidak tiga minggu lagi

KAJANG 30 Sept. –  Pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan membuat keputusan dalam beberapa minggu ini berhubung kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpang Bukit Enggang, Sik, Kedah yang turut mengaitkan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata pihaknya sudah melengkapkan siasatan. “Siasatan berkenaan kes REE sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk kajian seterusnya. “Keputusan menuduh atau tidak, pihak mereka akan buat keputusan dalam tempoh terdekat, kemungkinan dua ke tiga minggu, “ katanya selepas Program Menembak SPRM…

Read More

Bukti baharu bantu siasatan cetak buku J-Qaf

KAJANG 30 Sept. –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pelbagai bukti baharu bagi membantu siasatan rasuah ke atas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata setakat ini pegawai penyiasat masih aktif menyiasat kes berkenaan. “SPRM menerima banyak bukti baharu dalam masa terdekat ini yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56, di Kajang, hari ini. Azam bagaimanapun tidak pasti bila bekas Menteri Pendidikan ,…

Read More

KKM dalam kesiapsiagaan hadapi penyakit X

SHAH ALAM 30 Sept. – Pengalaman menangani pandemik Covid-19 dan beberapa penyakit lain meletakkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan, berhubung kewujudan penyakit X di negara ini. Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, selain Covid-19, Malaysia juga berpengalaman menangani penyakit seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV). Katanya, KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangan penyakit itu di dalam dan luar negara serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi kemungkinan bakal berlaku. “Saya berharap rakyat tidak…

Read More

Speaker DUN dikurniakan Datuk Bergelar

KOTA BHARU 30 Sept. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendahului senarai 772 penerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-54 dengan dikurniakan Datuk Bergelar. Pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar, hari ini, Mohd Amar dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Sri Amar Diraja. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohammad Ab Rahman dikurniakan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK). Pada istiadat sama, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan…

Read More

Ambil langkah jamin sekuriti makanan

KOTA BHARU 30 Sept. –  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bertitah kerajaan negeri perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi menjamin sekuriti makanan di Kelantan di samping mengatasi penderitaan rakyat dari segi tekanan sara hidup. Baginda bertitah,  permohonan penukaran status daripada tanah pertanian kepada tanah bangunan perlu diperhalusi bagi mengekang pengurangan tanah pertanian dan mengelak berlakunya gangguan dalam rantaian bekalan makanan. Titah baginda, situasi ekonomi semasa terutama tahun ini, dijangka tumbuh perlahan susulan ketegangan geopolitik antarabangsa yang mana pergolakan turut mencetuskan krisis kemanusiaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga barangan dan…

Read More