Hiroshima peringati hari pengeboman

TOKYO: Sempena ulang tahun ke-78 peristiwa pengeboman atom ke atas Hiroshima oleh Amerika Syarikat (AS) pada 1945, Datuk Bandarnya Kazumi Matsui menggesa supaya senjata nuklear dihapuskan. Sebelum ini, pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) pada sidang kemuncak Mei lalu menzahirkan komitmen untuk mencapai pelucutan senjata tetapi menekankan selagi senjata nuklear wujud, ia harus berfungsi menghalang pencerobohan dan mencegah peperangan. Hari ini, ‘loceng keamanan’ berdentang tepat pada pukul 8.15 pagi – waktu bom atom digugurkan ke atas Hiroshima pada 6 Ogos 1945, iaitu yang pertama di dunia. Kira-kira 50,000 orang menghadiri upacara peringatan…

Read More

Hampir 1 juta lawat Sabah dalam 5 bulan

SANDAKAN 6 Ogos – Sektor pelancongan di Sabah menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini berikutan kedatangan 988,680 pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Jumlah itu meningkat kira-kira 77.1 peratus berbanding 558,169 pelawat bagi tempoh yang sama, pada tahun lalu. Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memulih dan membangunkan sektor pelancongan melalui pelbagai program pada tahun ini. Pembukaan semula pintu-pintu masuk sempadan negara telah memberi impak positif dan menggalakkan pemulihan sektor pelancongan negeri Sabah. “Daripada 988,680 pelawat yang datang,…

Read More