SHAH ALAM 22 Julai – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Turut dicalonkan penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet, yang dinamakan sebagai calon PKR bagi DUN Lembah Jaya di bawah Parlimen Ampang.
Bagaimanapun bagi DUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang berkhidmat selama tiga penggal di situ digugurkan dan diganti oleh Phua Pei Lei.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika mengumumkan demikian berkata, PKR akan meletakkan 20 calon di Selangor pada PRN 12 Ogos ini.
Katanya , bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli akan bertanding di DUN Hulu Kelang, kerusi yang dijangka ditandingi bekas Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Berikut senarai 20 calon PKR Selangor
N09 Permatang: Mohd Yahya Mat Sahri
N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam
N11 Ijok: Amidi Abdul Manan
N14 Rawang: Chua Wei Kiat
N16 Sungai Tua: Datuk Seri Amirudin Shari
N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli
N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin
N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
N25 Kajang: David Cheong
N32 Seri Setia: Fahmi Ngah
N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw
N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei
N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman
N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid
N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi
N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi
N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
N48 Sentosa: Gunarajah R George
N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni
N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah
