PRN : MCA, MIC tidak bertanding

KUALA LUMPUR 5 Julai – Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, bulan depan. Dalam kenyataan berasingan, kedua-dua parti memberi alasan untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Setiausaha Agung MCA,  Chong Sin Woon, berkata dalam tempoh ini, MCA selain akan menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16 akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu. “Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA hari ini selepas…

Read More

Majoriti pengundi 21 hingga 29 tahun

PUTRAJAYA 5 Julai – Majoriti daripada 9,773,571 pemilih yang layak mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun. Berdasarkan statistik dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih dalam lingkungan usia berkenaan adalah seramai 2,169,120 atau 22.19 peratus diikuti pengundi antara 30 hingga 39 tahun iaitu 2,163,982 orang atau 22.14 peratus. Pengundi berusia 40 hingga 49 tahun adalah seramai 1,695,876 orang (17.35 peratus) disusuli pemilih berusia 50 hingga 59 tahun seramai 1,380,446 orang (14.12 peratus) dan 1,035,257 pengundi berusia…

Read More

Hari pengundian PRN 12 Ogos

PUTRAJAYA 5 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan diadakan secara serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini. Bercakap pada sidang media di Menara SPR, dekat sini, Abdul Ghani berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 8 Ogos ini. Beliau berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan adalah yang terkini sehingga…

Read More

Pertemuan dua bekas PM

KUALA LUMPUR 5 Julai – : Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin malam tadi bagi menjalin kerjasama untuk gerakan Proklamasi Orang Melayu. Difahamkan, kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan hampir dua jam di kediaman Dr Mahathir di sini. Adalah dipercayai pertemuan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu yang pertama sejak Langkah Sheraton pada 2020 yang membawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir tumbang dan Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Pertemuan Dr Mahathir-Muhyiddin itu menyusul sehari selepas kunjungan Pengerusi PN Selangor, Azmin…

Read More

Tiga Exco Selangor berundur

SHAH ALAM 6 Julai – Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Mereka ialah Teng Chang Khim (DAP), Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah) dan V Ganabatirau. Chang Khim, 60 yang memegang portfolio Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), pernah mengeluarkan kenyataan pada 2020 untuk tidak bertanding pada PRN. Memulakan kerjaya politik sejak 28 tahun lalu, Chang Khim sentiasa memenangi kerusi DUN ditandingi iaitu Bukit Gasing (1995-1999), Bandar Klang (1999-2004),…

Read More