Zaki Yamani mohon maaf

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pengguna Twitter, Zaki Yamani hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung ciapan biadabnya terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu ciapan pada pukul 6.49 pagi susulan kekesalan diluah Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut mengarahkannya memohon maaf.

“Mengambil perhatian ciapan YABPM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” ciapnya.

Semalam, Anwar mengarahkan seorang individu memohon maaf atas ciapan berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi yang merosot dan sedang menerima rawatan di hospital.

Zaki mulanya dikaitkan sebagai pembantu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri tetapi dinafikan.

Related posts

Leave a Comment