KUALA LUMPUR 3 Julai – Pengguna Twitter, Zaki Yamani hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung ciapan biadabnya terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital. Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu ciapan pada pukul 6.49 pagi susulan kekesalan diluah Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut mengarahkannya memohon maaf. “Mengambil perhatian ciapan YABPM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” ciapnya. Semalam, Anwar mengarahkan seorang individu memohon maaf atas ciapan berhubung…
Read MoreDay: July 3, 2023
Hadi keluar hospital
PRESIDEN Pas Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar hospital semalam selepas keadaan kesihatannya bertambah baik. Anaknya, Yusuf Abdul Hadi memaklumkan perkara itu melalui hantaran facebooknya semalam. “Alhamdulillah kesihatan ayahanda bertambah baik dan dibenarkan utk keluar dari hospital pada hari ini. “Saya ucapkan terima kasih kpd seluruh warga HSNZ yang memberikan khidmat terbaik dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda Tuan Guru,” katanya.
Read More