Hadi keluar hospital

PRESIDEN Pas Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar hospital semalam selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.

Anaknya, Yusuf Abdul Hadi memaklumkan perkara itu melalui hantaran facebooknya semalam.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda bertambah baik dan dibenarkan utk keluar dari hospital pada hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kpd seluruh warga HSNZ yang memberikan khidmat terbaik dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda Tuan Guru,” katanya.

Related posts

Leave a Comment