Eksport kurma Saudi meningkat

RIYADH: Eksport kurma mentah dan diproses Arab Saudi meningkat kepada lebih SR566 juta (RM691 juta) pada suku pertama 2023, iaitu peningkatan 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pusat Kebangsaan untuk Palma dan Kurma mengeluarkan laporan mengatakan bahawa kurma yang disimpan dan segar berjumlah 77 peratus daripada eksport, manakala produk kurma industri menyumbang 23 peratus.

Memetik laporan Saudi Press Agency, kurma dieksport ke 111 negara, didahului China yang eksport meningkat sebanyak 150 peratus kepada SR7.6 juta (RM9.28 juta)

Eksport ke Austria meningkat 60 peratus kepada SR2 juta (RM2.44 juta); Belgium 23 peratus kepada SR1.23 juta (RM1.5 juta); Turkiye 30 peratus kepada SR22.3 juta (RM27.22 juta), Russia 95 peratus kepada kira-kira SR2.7 juta (RM3.3 juta); dan Kanada 40 peratus kepada SR4 juta (RM4.88 juta).

Related posts

Leave a Comment