PUTRAJAYA 4 Mei – Proklamasi Orang Melayu yang pada peringkat awal berhadapan masalah lokasi pelancarannya kini mula mendapat reaksi balas apabila pemimpin kerajaan tampil memberi ulasan berhubung proklamasi 12 perkara itu. Pelbagai tanggapan dibuat berhubung Proklamasi Orang Melayu itu lebih-lebih lagi setelah media sosial melaporkan pertemuan antara pimpinan Pas diketuai Abdul Hadi Awang dan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Semalam, tular gambar menunjukkan pertemuan antara Mahathir dan Hadi yang dipercayai berlaku malam kelmarin di kediaman bekas Perdana Menteri itu, yang turut disertai beberapa pemimpin Pas dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu.…
Read MoreDay: May 4, 2023
Kerajaan Perpaduan makna lebih besar
KOTA KINABALU 4 Mei – Kerajaan Perpaduan yang memerintah ketika ini mempunyai makna yang lebih besar, berbanding Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, walaupun soal etnik adalah isu akar umbi, namun bangsa Malaysia yang besar dan konsep Malaysia Madani yang didokong ketika ini harus diberi keutamaan. Timbalan Perdana Menteri itu juga mengucapkan selamat maju jaya atas pertemuan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Dr Mahathir. “Ucapan ini kerana kita tahu Dr Mahathir adalah liabiliti baharu dalam politik…
Read MoreRM50 juta bagi institusi pendidikan Mara
KOTA KINABALU 4 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk projek naik taraf dan baik pulih Institusi Pendidikan Mara (IPMA) tahun ini. Katanya, separuh daripada peruntukan itu atau RM25 juta adalah untuk penyelenggaraan dan baik pulih Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sebanyak RM17 juta lagi diperuntukkan kepada Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan baki RM8 juta lagi kepada Kolej Mara (KM) dan Kolej Profesional Mara (KPM). Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, untuk Sabah sahaja…
Read MoreBerita pilihan…
UK bersedia hadapi cabaran hari pertabalan
LONDON: Perkhidmatan keselamatan United Kingdom (UK) bersedia menangani sebarang cabaran pada hari pertabalan Raja Charles III, Sabtu ini susulan insiden seorang lelaki disyaki melontar kelongsong peluru senapang patah ke dalam pekarangan Istana Buckingham. Menurut laporan media, lelaki itu yang didakwa bersenjatakan pisau, ditahan kira-kira pukul 7 malam (1800 GMT) kelmarin, yang menimbulkan kebimbangan menjelang beberapa hari sebelum acara pertabalan Raja Charles III, yang akan dihadiri raja-raja dan pemimpin dunia. Semalam, Menteri Keselamatan, Tom Tugendhat memberitahu bahawa polis sedia mendepani segala cabaran menjelang peristiwa bersejarah itu. Polis Metropolitan London berkata, pegawainya…
Read More90 % kembali ke pangkuan masyarakat
SINGAPURA 4 Mei – Hampir 90 peratus daripada kira-kira sekitar 140 warga Singapura yang ditangani atas kegiatan berkaitan pengganasan sejak 2002, sudah mencapai kemajuan dalam proses pemulihan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, kebanyakan daripada mereka sudah mendapat pekerjaan, dengan ada yang mengendalikan perniagaan sendiri manakala warga Singapura yang lebih muda sudah menyambung semula pengajian mereka. Bagaimanapun Lee mengingatkan, ancaman penggansan masih wujud dan “terus berubah kepada bentuk-bentuk baru dan Singapura tidak mampu berpeluk tubuh. “Kumpulan seperti ISIS masih aktif dan mempengaruhi pengikut di…
Read More