Empat angkat sumpah Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR 3 Dis. –  Empat anggota Jemaah Menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa hari ini.

Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Dr Rais Yatim di Bangunan Parlimen, di sini, pada pukul 8.30 pagi.

Mengikut syarat di bawah Perkara 43 (2)(b) Perlembagaan Persekutuan, untuk menjadi menteri, seseorang itu hendaklah menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.

Tiga daripada mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum lalu tetapi tewas manakala seorang lagi bukan dari parti politik.

Mereka ialah Setiausaha Agung PKR yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri, bekas Menteri Kewangan, Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz  (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dr. Zambry Abd Kadir yang memegang jawatan Menteri Luar.

Turut mengangkat sumpah jawatan senator ialah Ketua Hakim Syarie, Dr Mohd Na’im Mokhtar yang dilantik sebagai Menteri Agama.

Saifuddin Nasution, Zambry dan Mohd Na’im ialah lantikan baharu Ahli Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah manakala Tengku Zafrul merupakan lantikan semula setelah diperkenan Seri Paduka.

Rais ketika berucap turut merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

“Semoga Malaysia akan terus dipacu kecemerlangannya di bawah pentadbiran Yang Berhormat Datuk Seri (Anwar),” katanya.

Rais juga menyampaikan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang telah menerajui negara sebagai Perdana Menteri Kesembil

Related posts

Leave a Comment