PN yakin bentuk kerajaan gabungan

KOTA BHARU 15 Nov. – Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.

Beliau yakin PN dapat membentuk Kerajaan Persekutuan sama ada secara sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN.

“Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan. Presiden Pas, ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, di sini, lewat malam tadi.

Sementara itu Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya berkata, PRU15 adalah pilihan raya paling getir buat rakyat.

Katanya, berdasarkan kajian penganalisis politik tiada mana-mana parti yang akan mendapat 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti.

(Gambar hiasan)

Related posts

Leave a Comment