Salman Rushdie cedera ditikam

NEW YORK : Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam seorang lelaki dari Fairfield, New Jersey.ketika Rushdie berada di atas pentas sebuah acara di Institut Chautauqua, New York, semalam.

Menurut Polis New York, lelaki itu, telah meluru ke atas pentas dan menyerang Rushdie serta seorang lagi individu menyebabkan penulis itu mengalami kecederaan di bahagian leher serta perut akibat tikaman terbabit.

Rushdie, 75, dibawa ke hospital dengan sebuah helikopter sejurus sebelum 11 pagi (waktu tempatan) dan menjalani pembedahan.

Polis mengenal pasti suspek yang ditahan sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey dan motif serangan masih tidak jelas.

Sebilangan orang bergegas ke pentas dan menangkap suspek, sebelum seorang anggota tentera yang hadir pada acara itu menahannya.

Rushdie sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci Al-Quran.

Buku kontroversi itu telah diharamkan di beberapa buah negara, termasuk fatwa hukuman bunuh terhadapnya turut dikeluarkan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini pada 1998.

Related posts

Leave a Comment