BERAKAS 7 Ogos – Sebanyak 608 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 209,995 kes.
Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak empat kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Tiada tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU)
Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.6 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.8 peratus dengan empat dos.
Sebanyak 81.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 54.3 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.
