Tubuh Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia

MELAKA 29 Mei – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mencadangkan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia, bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan dalam negara. Katanya, pusat kajian itu boleh mengumpul data rujukan melibatkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia. Berucap merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di sini hari ini.p beliau berkata pusat  kajian itu juga boleh melibatkan interaksi dengan pelbagai bidang kemasyarakatan lain merentasi konteks budaya yang berbeza. Bagi tujuan itu, beliau menyarankan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia berkenaan diwujudkan di negeri ini,…

Read More

Kerajaan tidak halang media

MELAKA 29 Mei – Kerajaan tidak pernah menghalang media daripada menyiarkan sebarang laporan berita, malah ada antaranya dijadikan panduan untuk mengambil tindakan susulan seperti  menyalurkan bantuan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mendengar dan prihatin terhadap laporan yang dibangkitkan oleh media.  “Semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memberi kerjasama kepada media dalam membantu memudahkan penyaluran maklumat yang seimbang, tepat, sahih  dan memuaskan hati seluruh Keluarga Malaysia,” katanya. Ismail Sabri berkata, profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain…

Read More

Deklarasi Melaka 2022 sempena HAWANA

  MELAKA 29 Mei – Pengamal media hari ini sebulat suara mahu wartawan Malaysia diberi ruang dalam menyampaikan laporan sahih dan seimbang seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara itu merupakan antara lima inti pati Deklarasi Melaka 2022 yang dibacakan Pemangku Pengarang Kumpulan Berita Harian Ahmad Zaini Kamaruzzaman pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di sini hari ini. Deklarasi Melaka 2022 itu kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob oleh Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Khairdzir Yunus dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Che Roslan…

Read More

SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL

KEPADA rakan-rakan wartawan, Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA2022), satu pengiktirafan kepada golongan wartawan. Tidak lupa juga selamat mengingati hari kelahiran Utusan Melayu khususnya rakan-rakan yang pernah bersama Utusan. Rasanya ini kali kedua sambutan HAWANA diadakan. Kali pertama pada 11 April 2018, berlangsung Wacana Hari Wartawan di MATRADE. Wacana dihadiri oleh penggiat media yang mewakili pelbagai media cetak dan elektronik. Hasil wacana itu, termeterai satu deklarasi, antaranya meraikan Hari Wartawan Nasional. Pada sebelah petang, dalam Majlis Pelancaran Hari Wartawan Nasional, Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata : Kerajaan telah…

Read More