6,287,197 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 1 Jan. –  Sebanyak 174,820 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu setakat ini meningkat kepada 6,287,197 atau 19.3 peratus daripada populasi keseluruhan.

Menurut data portal COVIDNOW, bagi tempoh yang sama, sebanyak 25,614,795 atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 25,998,720 atau 79.6 peratus  telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam tempoh yang sama, 22,858,818 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.8 peratus atau 23,151,193 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, 2,755,977 individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.5 peratus atau 2,847,52 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 182,020 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK) adalah 57,701,169.

Related posts

Leave a Comment