25 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 31,290 orang, daripada 2.72 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 25 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 46,877 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 39,117 individu atau 83.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,871 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,550 kes dirawat di hospital dan 339 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 159 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 180 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment