Kluster Bahtera di Sabah

KOTA KINABALU 26 Dis. – Seorang anak kapal MV Orbit Petra menjadi pencetus kluster baharu direkodkan di Sabah apabila menjadi kes indeks bagi Kluster Bahtera di sini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun. Beliau berkata lelaki tempatan berusia 26 tahun itu menjalani ujian RTK saliva pada 12 Disember lepas apabila bergejala batuk dan hilang deria bau. “Kes indeks telah dihantar ke pusat kuarantin hotel dari kapal untuk menjalani kuarantin dan ujian saringan ulangan pada hari berikutnya turut mengesahkan kes indeks positif dalam ujian RT PCR,” katanya menerusi kenyataan…

Read More

Pengembara wajib peranti digital

PUTRAJAYA 25 Dis. –  Mulai minggu depan, semua pengembara yang pulang dari Arab Saudi akan diwajibkan memakai peranti digital bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ini berikutan kebanyakan kes varian baharu Covid-19, Omicron yang dikesan membabitkan individu kembali dari Jeddah, terutama yang baru pulang daripada menunaikan umrah. Katanya, daripada keseluruhan 49 kes Omicron dikesan, 30 membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah. Beliau berkata, kebanyakan individu terbabit yang dibenarkan menjalani kuarantin di rumah, didapati tidak mematuhi SOP itu,…

Read More

49 lagi kes dijangkiti Omicron

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Kesihatan mengesan 49 lagi kes positif Covid-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Omicron, satu daripadanya kemungkinan penularan tempatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata penularan tempatan itu dikesan di Sarawak membabitkan lelaki warganegara China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan bekerja di negeri berkenaan sejak tiga tahun lalu. Lelaki berkenaan menunjukkan gejala batuk sejak 13 Disember lalu dan melakukan ujian saringan Covid-19 lima hari kemudian sebelum disahkan positif Covid-19 dan dikuarantin di Pusat kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.89

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.89 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya . Lapan negeri merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.00 disusuli Pulau Pinang 0.96, Johor 0.95, Perak 0.94, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.91, Selangor 0.90, Kelantan 0.90 dan Kedah 0.89 Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 0.88 diikuti Wilayah Persekutuan Labuan, Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing 0.87, Pahang 0.86, Melaka 0.84, Sabah 0.83, dan Sarawak 0.73

Read More

134,335 dos penggalak harian diberi

PUTRAJAYA 25 Dis. – Daripada 140,443 dos vaksin Covid-19 yang diberikan semalam, sebanyak 134,335 adalah dos penggalak manakala 3,901 dos pelengkap dan 2,207 dos lagi adalah dos pertama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos penggalak adalah 5,363,641 individu atau 16.4 peratus daripada populasi keseluruhan. Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,578,911 populasi keseluruhan atau 78.3 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 79.5 peratus atau 25,973,785 telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi dewasa, seramai 22,834,352 juta individu atau 97.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 98.8 peratus atau 23,134,179  daripada populasi…

Read More

25 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 31,290 orang, daripada 2.72 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 25 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 46,877 kes aktif Covid-19…

Read More