Jumlah kematian kini 30,063

PUTRAJAYA 23 Nov. – Setakat malam tadi, jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 melebihi 30,000 orang daripada 2.585 juta kes positif yang dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.

Menurut data di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 67,986 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 54,359 individu atau 80 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 7,488 orang ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 5,590 kes dirawat di hospital dan 549  di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 274 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment