Belanda ambil langkah bendung Covid-19

EROPAH sekali lagi menjadi pusat pandemik apabila berlaku lonjakan pandemik sehingga mendorong beberapa negara untuk mempertimbangkan pelaksanaan perintah sekatan semula menjelang Krismas.

Menurut laporan media, Eropah menyumbang lebih separuh daripada purata jangkitan tujuh hari di seluruh dunia dan kira-kira separuh daripada kematian baharu.

Kerajaan dan syarikat bimbang wabak yang berpanjangan itu akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

Negara-negara termasuk Belanda, Jerman, Austria dan Republik Czech sedang mengambil atau merancang langkah untuk membendung penularan.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengumumkan penutupan separa selama tiga minggu mulai Sabtu, 12 November, tindakan yang pertama di Eropah Barat sejak musim panas.

Beliau berkata, virus ada di mana-mana, di seluruh negara, di semua sektor dan peringkat umur yang memerlukan langkah lebih.

Bar, restoran, kafe dan pasar raya perlu ditutup pada pukul 8 malam untuk tiga minggu berikutnya mulai hari Sabtu, manakala kedai yang tidak penting mesti ditutup pada pukul 6 petang.

Acara awam akan dibatalkan manakala perlawanan bola sepak termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia diadakan  secara tertutup manakala sekolah akan dibuka, dan orang ramai dibenarkan meninggalkan rumah tanpa sekatan.

Rutte berkata, kerajaan akan mengkaji semula keadaan pada 3 Disember untuk melihat sama ada langkah lanjut diperlukan..

Kira-kira 65 peratus daripada penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) termasuk Kesatuan Eropah, Iceland, Liechtenstein dan Norway telah menerima dua dos, tetapi kadarnya semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pengambilan vaksin di negara-negara Eropah Selatan adalah sekitar 80 peratus, tetapi rasa ragu-ragu dengan vaksin memperlahankan usaha vaksinasi di tengah dan timur Eropah serta Rusia.

Related posts

Leave a Comment