Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 22 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan peningkatan dua hari berturut-turut apabila merekodkan 0.95 pada Selasa semalam berbanding 0.93 pada hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.05.

Ini diikuti Sarawak 1.04, Terengganu 1.02, Perak 1.01, Johor 0.99, Kelantan 0.99, Perlis 0.99, Putrajaya 0.96 dan Pulau Pinang 0.96.

Sementara itu enam negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Sabah 0.90, Melaka 0.88, Kedah 0.88, Selangor 0.87, Negeri Sembilan 0.86 dan Kuala Lumpur 0.83.

Labuan mencatatkan 12 kes baharu Covid-19.

Kadar Kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment