Kadar kebolehjangkitan naik 0.93

PUTRAJAYA 21 Sept. – Selepas tiga hari berturut-turut menunjukkan penurunan, nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatat peningkatan semalam.

Angka itu naik kembali kepada 0.93 pada Isnin berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Pahang merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.07.

Ini diikuti Sarawak, Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Putrajaya, Sabah, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok sekali lagimencatatkan sifar kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini adalah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment