Lagi 369,280 dos diberikan

PUTRAJAYA 3 Sept. – Pemberian vaksin Covid-19 menunjukkan penurunan semalam apabila 369,280 dos suntikan diberikan berbanding 398,134 kelmarin yang

membabitkan 181,635 dos pertama manakala 187,645 dos lengkap.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 35,519,754 dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekala Vaksin Covid-19 (JKJAV) populasi  keseluruhan di Malaysia lengkap divaksinasi meningkat kepada 47.2 peratus atau 15,429,3000 individu.

Sebanyak 20,115,233 orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Labuan mendahului senarai peratusan keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dengan 65.2 peratus disusuli Lembah Klang 68.8 peratus, Sarawak (63.3 peratus); Negeri Sembilan (58.3 peratus) dan Perlis (49.2 peratus); Pulau Pinang (45.5 peratus) dan Melaka (43.7 peratus).

Pahang pula hanya mencatatkan 37 peratus; disusuli Perak (36.3 peratus); Johor (35.9 peratus); Kedah (33.7 peratus); Terengganu (33.8 peratus); Kelantan (30.9 peratus) dan Sabah (29.3 peratus).

Related posts

Leave a Comment