15,241,655 terima dua dos

PUTRAJAYA 2 Sept. – Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655  individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima dos pertama daripada golongan dewasa pula adalah sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137.

Bagi keseluruhan populasi rakyat Malaysia pula, sebanyak 46.7 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 61 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Labuan mendahului senarai peratusan keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dengan 65 peratus.

Ia disusuli Lembah Klang yang merekodkan 68.3 peratus, diikuti Sarawak (63.2 peratus); Negeri Sembilan (57.7 peratus) dan Perlis (48.7 peratus); Pulau Pinang (44.7 peratus) dan Melaka (43 peratus).

Pahang pula hanya mencatatkan 36.6 peratus; disusuli Perak (35.9 peratus); Johor (35 peratus); Kedah (33.2 peratus); Terengganu (32.6 peratus); Kelantan (30.3 peratus) dan Sabah (28.8 peratus).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian menunjukkan peningkatan berbanding Selasa iaitu daripada 261,768 dos kepada 398,134 yang membabitkan 118,780 dos pertama dan 209,354 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment