Kadar kebolehjangkitan kekal 1.04

PUTRAJAYA 22 Ogos – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 pada 21 Ogos kekal untuk hari kelima berturut-turut dengan kadar 1.04 sejak Selasa.

Perlis dan Sarawak mendahului dengan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, masing-masing dengan 1.31.

Ini diikuti Sabah 1.22, Pulau Pinang 1.16, Kelantan 1.11, Kedah 1.10, Perak 1.10, Melaka 1.08, Johor 1.06, Pahang 1.05 dan Terengganu 1.05,

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan adalah Selangor 0.97, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.92, Negeri Sembilan 0.89, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.81

Labuan pula mencatatkan sembilan kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment