Temasek bantu India

SINGAPURA 26 April – Keadaan kritikal di India akibat pandemik Covid-19 turut mendapat perhatian syarikat Temasek Singapura.

Semalam, firma pelaburan itu turut menghantar peralatan perubatan, termasuk bekalan berkaitan oksigen yang amat diperlukan oleh India dalam menghadapi lonjakan kes.

Menurut catatan Facebook Temasek,  empat balang oksigen kriogenik yang didermakan oleh Tata Group diterbangkan dari Lapangan Terbang Changi oleh pesawat Indian Air Force C-17 dan tiba di pangkalan udara Panagarth di Bengal Barat.

“Bekalan perubatan lain termasuk pemekat oksigen dan mesin bantuan akan tiba di Mumbai pada malam (Ahad) ini … ia akan dihantar ke pelbagai hospital dan pusat-pusat rawatan Covid-19 di merata negara.” kata FB itu.

Related posts

Leave a Comment