Kematian sebab penyakit lain

‎PENJELASAN KKM

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau.

Allahyarham Dr Ali Noor telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (18 Januari 2021). Beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau.

Adalah dimaklumkan bahawa ujian COVID-19 buat Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan.

Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Related posts

Leave a Comment