Kenali kontak rapat positif Covid-19

“KONTAK rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menegaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 adalah sangat penting pada ketika ini bagi mengekang jangkitan Covif-19 daripada berleluasa.

Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 untuk membendung jangkitan dengan segera,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter hari ini Khamis 14 Januari.

Related posts

Leave a Comment