Ku Li pula positif Covid-19

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

Difahamkan, Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Pada 9 Januari lalu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Related posts

Leave a Comment