Varian baharu koronavirus ditemukan di Jepun

TOKYO: Satu lagi varian baharu koronavirus yang hampir sama dengan varian lain yang dilaporkan di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan dikesan di Jepun.

Menurut The Japan Times, varian itu dikesan pada empat pelancong yang tiba dari Brazil dan Kementerian Kesihatan Jepun memaklumkan perkara itu pada Ahad.

Pelancong lelaki berusia 40-an tidak menunjukkan sebarang simptom ketika tiba, namun mula mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke wad.

Pelancong wanita berusia 30-an mengalami simptom sakit kepala manakala pelancong lelaki dalam lingkungan usia 10 ke 19 tahun mengalami demam.

Seorang lagi pelancong dalam lingkungan usia sama tidak mengalami sebarang simptom.

Keempat-empat mereka dikesan positif koronavirus itu di pusat kuarantin lapangan terbang dan strain mutan baharu itu dikesan melalui pemeriksaan teliti oleh

Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NIID).

Dalam pada itu NIID berkata tiada bukti setakat ini bahawa ia amat mudah berjangkit, namun NIID masih menyiasat sama ada varian itu boleh menyebabkan simptom teruk selain kesannya terhadap vaksin.

Related posts

Leave a Comment